At Last!!! |
Tahukah
anda berapakah harga yang saya patut bayar untuk mendapatkan sekeping kertas
ini?harga yang dimaksudkan bukan sahaja nilai wang ringgit, tetapi masa,
tenaga, emosi dan pahit jerih yang terpaksa ditempuh untuk mendapatkan sekeping
kertas ini.
Mungkin ada yang
beranggapan agak mudah untuk mereka mendapatkan kertas ini. Tetapi percayalah,
ianya bukanlah senang bagi saya dan mungkin sebahagian besar yang lain
bersetuju dengan saya untuk mendapatkan bendalah ini. Dan mungkin juga saya susah
nak dapatkan bendalah ini sebab otak saya tidaklah sepintar orang lain.
4 tahun beb, barulah
saya dapat merasa memegang kertas nokharom ini. Dugaannya hanya Allah SWT
sahaja yang lebih mengetahui. Walaupun ada ketika hampir tergelincir dari
landasan dan berniat untuk berhenti sahaja mengejar kertas nokharom ini,
akhirnya dapat juga.!
Biarlah saya
menggambarkan sedikit apakah bentuk harga yang terpaksa anda bayar untuk
sekeping kertas ini. Pertama yang telah ditulis sudah semestinya wang ringgit
anda. Kepada yang menghamek PTPTN tu kurang sedikit la kot gamaknya bebanan
keluarga, tetapi setahu saya, setelah dihitung, keluarga saya telah
menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk membantu saya mendapatkan kertas ini.
Harga yang kedua
bernilai pengorbanan, tekad dan azam yang agak mahal. Seterusnya, lelehan
peluh, air mata, hingus serta limpahan darah diperlukan untuk sekeping kertas
ini. (Darah sbb time nak buat assgnmt dulu hidung aku ade berdarah :p). selain
itu, anda juga akan bergaduh, jadi gila, meroyan dan menjerit tak tentu pasal
tatkala mengejar si kertas celaka ini. Dan sesungguhnya, doa serta petunjuk
sang pencipta Ya Rabb amatlah penting dan dikehendaki untuk terus mempunyai
kepercayaan yang kuat terhadap Dia untuk membantu anda mendapatkan kertas ini.
Itulah antara harga yang perlu dibayar wahai saudara-saudari sekalian. Ingin
saya ulang, “antara harga”, jadi sebenarnya ada banyak lagi harga yang perlu
dijelaskan untuk mendapatkannya pun.
Percayalah, kepuasan
sememangnya tidak dapat digambarkan tatkala nana anda dipanggil untuk memegang
kertas celaka ini. Bangga dan gembira tahap moksya sangat lahai. Rasanya nak
pegang jah kertas ni sampai bila-bila bawa ke merata hala hatta ke celah bedah
sekalipun.. Kepada mak, arwah ayah, keluarga, inilah hadiah yang dapat saya
berikan buat masa ini kepada anda. Semoga mak dan keluarga berbangga dan
gembira dengan pencapaian anakanda…..percayalah, sekeping kertas yang orang
panggil IJAZAH ini sangat tinggi nilainya dan sudah semestinya agak payah untuk
diperoleh. Kepada diri sendiri, ini bukanlah penghabisan utuh buat anda. Ini
hanyalah sekadar tapak lonjak untuk anda melangkah dan meneroka jauh lagi alam
ilmu ini. Tetapi, buat masa ini, memadailah sekeping ijazah ini yang
membolehkan aku bergelar seorang PR practitioner - Bachelor
of Mass Communication (Hons) (Public Relations)…