Tuesday, May 28, 2013

The Final Chapter in UiTM




At Last!!!

Tahukah anda berapakah harga yang saya patut bayar untuk mendapatkan sekeping kertas ini?harga yang dimaksudkan bukan sahaja nilai wang ringgit, tetapi masa, tenaga, emosi dan pahit jerih yang terpaksa ditempuh untuk mendapatkan sekeping kertas ini.
Mungkin ada yang beranggapan agak mudah untuk mereka mendapatkan kertas ini. Tetapi percayalah, ianya bukanlah senang bagi saya dan mungkin sebahagian besar yang lain bersetuju dengan saya untuk mendapatkan bendalah ini. Dan mungkin juga saya susah nak dapatkan bendalah ini sebab otak saya tidaklah sepintar orang lain.
4 tahun beb, barulah saya dapat merasa memegang kertas nokharom ini. Dugaannya hanya Allah SWT sahaja yang lebih mengetahui. Walaupun ada ketika hampir tergelincir dari landasan dan berniat untuk berhenti sahaja mengejar kertas nokharom ini, akhirnya dapat juga.!

Biarlah saya menggambarkan sedikit apakah bentuk harga yang terpaksa anda bayar untuk sekeping kertas ini. Pertama yang telah ditulis sudah semestinya wang ringgit anda. Kepada yang menghamek PTPTN tu kurang sedikit la kot gamaknya bebanan keluarga, tetapi setahu saya, setelah dihitung, keluarga saya telah menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk membantu saya mendapatkan kertas ini.
Harga yang kedua bernilai pengorbanan, tekad dan azam yang agak mahal. Seterusnya, lelehan peluh, air mata, hingus serta limpahan darah diperlukan untuk sekeping kertas ini. (Darah sbb time nak buat assgnmt dulu hidung aku ade berdarah :p). selain itu, anda juga akan bergaduh, jadi gila, meroyan dan menjerit tak tentu pasal tatkala mengejar si kertas celaka ini. Dan sesungguhnya, doa serta petunjuk sang pencipta Ya Rabb amatlah penting dan dikehendaki untuk terus mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap Dia untuk membantu anda mendapatkan kertas ini. Itulah antara harga yang perlu dibayar wahai saudara-saudari sekalian. Ingin saya ulang, “antara harga”, jadi sebenarnya ada banyak lagi harga yang perlu dijelaskan untuk mendapatkannya pun.

Percayalah, kepuasan sememangnya tidak dapat digambarkan tatkala nana anda dipanggil untuk memegang kertas celaka ini. Bangga dan gembira tahap moksya sangat lahai. Rasanya nak pegang jah kertas ni sampai bila-bila bawa ke merata hala hatta ke celah bedah sekalipun.. Kepada mak, arwah ayah, keluarga, inilah hadiah yang dapat saya berikan buat masa ini kepada anda. Semoga mak dan keluarga berbangga dan gembira dengan pencapaian anakanda…..percayalah, sekeping kertas yang orang panggil IJAZAH ini sangat tinggi nilainya dan sudah semestinya agak payah untuk diperoleh. Kepada diri sendiri, ini bukanlah penghabisan utuh buat anda. Ini hanyalah sekadar tapak lonjak untuk anda melangkah dan meneroka jauh lagi alam ilmu ini. Tetapi, buat masa ini, memadailah sekeping ijazah ini yang membolehkan aku bergelar seorang PR practitioner - Bachelor of Mass Communication (Hons) (Public Relations)…
Tenkiu uoulzz!!!Lebiu muah-muah..!!

Tuesday, January 22, 2013

Kehadapan Allah....

Kehadapan Allah Ya Rabbi ku...
Zat Tertinggi dan mulia...
Secara jujurnya ya Allah, kadang-kadang segala dugaan dan ujian yang Engkau timpakan ke atas aku yang kerdil ini, amat sukar untuk ditempuh wahai Tuhan sekelian alam...
Tetapi, jika ini ujian yang Engkau timpakan keatasku adalah untuk meninggikan darjatku ya Allah, kau cekalkanlah hati rapuh ini, dan kau kuatkanlah roh Iman dan Islamku ya Allah.....
Semoga segala perit dan susah yang aku tempuh ini, akan mendapat ganjaran dan hikmah yang baik disisimu kelak.Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana...
Aku mohon maaf ya Allah, kerana sering terlupa dan leka untuk mengingatimu.Dan terima kasih juga atas segala ujian ini. Kerana waktu duka ini, barulah aku si hamba hina, mahu mencari Tuhan pencipta. 
Dan dengan lafaz Laillahaillalah Muhammadurasullullah, aku serahkan jiwaku,hidupku dan matiku kepadamu ya Allah......

Thursday, January 3, 2013

THE GLORY OF KING EDWARD


THE GLORY OF KING EDWARD

With a clap of thunder, our hearts all flutter,
Rejoicing in memories so dear,
A rainbow appears,
The moment is here.

Oh! Do you hear the tigers roar?
Thundering from the tigers’ jaws,
Oh! Do you see our pride aglow?
The Tigers’ saga now unfolds.

In the eighteen hundreds, begin our story,
With greatness its destiny
Standing out in every field,
King Edward’s we salute thee.

But don’t be fooled and don’t be stunned,
In this world there’s no free lunch,
The harvest we reap tastes so sweet,
We broke our backs sowing the seeds.

**For glory did not come easy,
It certainly did not come free…

Chorus
Countless mountains we’ve climbed,
Countless oceans we have crossed,
Countless storms we have weathered,
Countless hardships we’ve endured.

To get to where we are,
And be always above par,
Let us fly, let us soar,
And be greater than before.



Tuesday, January 1, 2013

HAPPY NEW YEAR 2013

HEY!!MY BLOG IS ALREADY ONE YEAR OLD!!!

HAPPY NEW YEAR YA'LL!!