Tuesday, January 22, 2013

Kehadapan Allah....

Kehadapan Allah Ya Rabbi ku...
Zat Tertinggi dan mulia...
Secara jujurnya ya Allah, kadang-kadang segala dugaan dan ujian yang Engkau timpakan ke atas aku yang kerdil ini, amat sukar untuk ditempuh wahai Tuhan sekelian alam...
Tetapi, jika ini ujian yang Engkau timpakan keatasku adalah untuk meninggikan darjatku ya Allah, kau cekalkanlah hati rapuh ini, dan kau kuatkanlah roh Iman dan Islamku ya Allah.....
Semoga segala perit dan susah yang aku tempuh ini, akan mendapat ganjaran dan hikmah yang baik disisimu kelak.Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana...
Aku mohon maaf ya Allah, kerana sering terlupa dan leka untuk mengingatimu.Dan terima kasih juga atas segala ujian ini. Kerana waktu duka ini, barulah aku si hamba hina, mahu mencari Tuhan pencipta. 
Dan dengan lafaz Laillahaillalah Muhammadurasullullah, aku serahkan jiwaku,hidupku dan matiku kepadamu ya Allah......

No comments:

Post a Comment